Pengubahsuaian Bajet 2016 wajar: Dr Mahathir

Pengubahsuaian Bajet 2016 wajar: Dr Mahathir

Pengubahsuaian Bajet 2016, yang bakal dibentangkan pada 28 Januari ini adalah suatu tindakan yang wajar, berdasarkan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kelemahan ringgit.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata meskipun baharu dibentangkan pada Oktober lepas, keadaan ekonomi kini banyak berubah berbanding pada masa Bajet 2016 dibentangkan.

"Keadaan (ekonomi) sudah berubah dengan begitu ketara. Saya fikir, mahu ataupun tidak, pengubahsuaian (Bajet 2016) ini harus dilakukan," katanya selepas menyaksikan majlis pelantikan pengedar Proton baharu di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.

Najib berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.

Harga minyak mentah dunia hari ini berada pada paras US$30 setong berbanding kira-kira US$45 setong semasa Bajet 2016 dibentangkan pada Oktober lepas. 

Read More

Bahaya Fitnah TPPA: Syarikat asing akan mempunyai hak menentukan dasar negara...

Bahaya Fitnah TPPA: Syarikat asing akan mempunyai hak menentukan dasar negara...
Menteri Wahid Omar Dihalang Beri Pandangan Oleh Kumpulan Bantah TPPA


Oleh Datuk Abdul Wahid Omar (AWO)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Assalamualaikum rakan-rakan. Pada hari Sabtu 9 Januari 2016, saya telah hadir di Sidang Kemuncak TPPA anjuran Bantah TPPA & Kongres Rakyat di IDCC, Shah Alam. Saya mendaftar secara online hari sebelumnya setelah mendapat persetujuan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed (Tok Pa). Miti turut menghantar beberapa orang pegawai. Tok Pa berada di Pulau Pinang untuk program penerangan TPPA.

Tujuan kehadiran saya adalah untuk mendengar sendiri isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada Saudara Nizam Mahshar, Cikgu Azmi, Prof Gurdial Singh & Pn Chee Yoke Ling, sementara moderator adalah Saudara Rizal Jaafar. YABhg Tun Dr Mahathir turut hadir tetapi tidak memberikan ucaptama kerana kurang sihat. Kita doakan agar Tun segera sembuh.

Sidang dibuka oleh Saudara Azlan Awang (Majli Tindakan Ekonomi Melayu -MTEM). Saya sampai jam 8.50am kerana poster sidang menyatakan acara diadakan 9.00am-1.00pm. Setelah sampai barulah saya diberitahu bahawa Majlis dijadualkan hanya bermula 10.00am. Silap saya kerana tidak mendapat pengesahan waktu. Walau bagaimanapun Majlis hanya bermula pada jam 10.30 pagi setelah ketibaan Tun.

Pelbagai isu telah dibangkitkan termasuklah kajian kos dan manfaat, soalan mengapa perlu tergesa-gesa, rundingan sulit, perlindungan harta intelek, kemungkinan kenaikan kos ubat, kedaulatan negara, perolehan Kerajaan, syarikat milik Kerajaan dan kepentingan Bumiputera.

Saya berpendapat banyak kebimbangan atau kegusaran mereka tidak benar. Sebagai contoh, ada yang menyatakan kedaulatan negara tergadai sehingga Kerajaan negeri akan kehilangan kuasa untuk menetapkan syarat-syarat penukaran kegunaan tanah; menghalang negara untuk menetapkan piawaian halal; dan dakwaan TPPA mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

Ini tidak benar. Antara lain, artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.”.

Ada juga yang membangkitkan kebimbangan tentang peruntukan mekanisma penyelesaian pertikaian Pelabur-Negara (ISDS mechanism). Sebenarnya mekanisma ISDS melalui tribunal arbitrasi antarabangsa telah lama digunakan.

Saya sendiri pernah terlibat ketika menerajui Telekom Malaysia (TM) tahun 2004-2008 di mana TM telah memfailkan kes ‘expropriation’ terhadap Kerajaan Ghana yang telah melanggar perjanjian dan mengambil alih penguasaan Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat Ghana Telecommunications daripada TM. Ini berlaku akibat pertukaran Kerajaan di mana Presiden Kufour telah menggantikan Presiden Rawlings.

Proses arbitrasi tersebut telah mendorong Kerajaan Ghana menyelesaikan pertikaian dan memberi pampasan setimpal kepada TM. Walaupun peruntukan ISDS dalam TPPA ini akan mengikat Kerajaan, tuntutan akan hanya berkuatkuasa setelah proses perundingan selama 6 bulan dijalankan sebelum dirujuk ke tribunal arbitrasi antarabangsa.

Ia juga akan memberi perlindungan kepada syarikat-syarikat Malaysia yang kini telah melabur lebih RM600 billion ke luar negara termasuklah dalam negara-negara TPP.

Berbalik kepada prosiding Sidang Kemuncak TPPA, setelah panel selesai membuat pembentangan, saya telah memohon untuk bercakap dan memberi sedikit pencerahan. Malangnya permintaan saya ditolak atas sebab kesuntukan masa.

Setelah beberapa kali mengulang permintaan, akhirnya saya akur dengan keputusan penganjur. Kita perlu hormat majlis orang.

Izinkan saya menyentuh 3 perkara iaitu isu Penjajahan, Kos & Manfaat dan isu Rundingan Perjanjian.

1. Penjajahan :

Perjanjian TPPA melibatkan 12 buah negara iaitu 5 dari benua Amerika (Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Peru & Chile), 4 dari ASEAN (Malaysia, Singapura, Brunei & Vietnam) dan 3 dari Pasifik (Jepun, Australia & New Zealand).

Tiada negara yang dipaksa untuk menyertai TPP. Semuanya termasuk Malaysia menyertai TPP kerana percaya akan manfaat bersama (mutual benefits) yang bakal dinikmati. Malaysia sedar kita merupakan negara kecil dengan penduduk seramai hanya 31 juta dan saiz KDNK (GDP) sekitar USD300 billion. Sebab itulah kita menjuarai penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN bermula 31 Disember 2015 yang membolehkan saiz pasaran kita berkembang menjadi 620 juta penduduk & saiz KDNK USD2.5 trillion.

Dengan menyertai TPP, saiz pasaran akan lebih meluas lagi dengan jumlah penduduk 800 juta & saiz KDNK USD27.5 trillion iaitu 40% daripada saiz ekonomi dunia.

2. Kos & Manfaat :

Dalam menyertai mana-mana blok atau perjanjian perdagangan, memang ada kos dan ada manfaatnya.

Selain analisa dalaman, Kerajaan telah meminta Institut Kajian Strategi & Antarabangsa (ISIS) untuk melaksanakan Analisa Kepentingan Nasional dan PriceWaterhouse Coopers (PWC) untuk melaksanakan Kajian Kos dan Manfaat.

ISIS telah membuat kesimpulan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP adalah demi kepentingan negara. Manakala PWC membuat kesimpulan TPPA bakal memberikan manfaat bersih kepada ekonomi Malaysia dengan potensi peningkatan ekonomi atau KDNK antara USD107-211 billion dalam jangkamassa 2018-2027 atau peningkatan 0.60%-1.15% pada tahun 2027.

Bank Dunia juga dalam lapuran ‘Global Economic Prospects January 2016’ mereka telah menyentuh tentang potensi implikasi ekonomi makro TPP dalam mukasurat 219-233. Antara lain, Bank Dunia telah menyatakan bahawa Vietnam dan Malaysia adalah antara negara TPP yang bakal menikmati manfaat terbanyak dengan peningkatan KDNK masing2 sebanyak 10% dan 8% menjelang tahun 2030.

Peningkatan ekonomi yang berterusan akan membolehkan rakyat mendapat peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih baik yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan isirumah rakyat Malaysia. Jadi berdasarkan kajian yang telah dijalankan, adalah jelas bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP lebih mendatangkan manfaat.

3. Rundingan Perjanjian : Sejak awal lagi Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa Malaysia hanya akan menyertai TPP atas terma-terma yang boleh kita terima.

Saya, Datuk Seri Ahmad Husni (Menteri Kewangan II) dan Datuk Seri Idris Jala (Pemandu) adalah antara menteri-menteri ekonomi yang telah membantu Tok Pa dalam rundingan TPPA. Penglibatan saya bermula 2 tahun lalu setelah menyertai Kabinet.

Memang sukar untuk memuktamadkan perjanjian sebesar ini yang melibatkan negara2 kuasa besar. Pelbagai usaha telah dibuat untuk memastikan pihak AS memahami kedudukan & keperluan Malaysia. Ini termasuk mengadakan sesi penerangan kepada Wakil Perdagangan AS tentang polisi Bumiputera & peranan syarikat2 berkaitan Kerajaan.

Saya percaya Tok Pa & pasukan MITI dengan sokongan lain2 Kementerian & agensi telah membuat yang terbaik mendapatkan terma-terma yang perlu untuk memelihara kepentingan negara. Ini termasuk pengiktirafan polisi Bumiputera dalam perjanjian TPP. Perkara ini tercapai kerana Malaysia telah menyertai rundingan awal.

Sekiranya Malaysia tidak termasuk dalam senarai 12 negara awal TPP, Malaysia akan terpaksa menerima terma-terma perjanjian sedia ada kemudian. Kemungkinan ini adalah benar (real) kerana 3 buah negara ASEAN lain iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai TPP selepas ini.

Akhir sekali, Kerajaan akan membentangkan perjanjian TPP untuk kelulusan Dewan Rakyat pada 26&27 Januari dan Dewan Negara pada 28 Januari. Apa juga kegelisahan atau kebimbangan boleh diutarakan oleh Ahli-ahli Parlimen dan akan dijawab oleh Tok Pa pada sesi Parlimen tersebut.

Marilah kita bersikap membina & bersiap sedia untuk memastikan syarikat2 dan rakyat kita dapat memanfaatkan TPPA yang bakal kita tandatangani setelah kelulusan Parlimen nanti.

Read More

Jika TPPA Banyak Manfaat, Mengapa Thailand, Filipina Tak Sertai TPPA?

Jika TPPA Banyak Manfaat, Mengapa Thailand, Filipina Tak Sertai TPPA?
‘Pakar’ Ekonomi Pakatan Kata Thailand, Indonesia dan Filipina menolak TPPA – Ketiga-tiga Negara Tersebut Menyatakan Minat Memohon Turut Serta.

Nampaknya semua jiran kita juga akan menyertai TPPA tidak lama lagi. Saya rasa mereka juga sedar kesan positif menyertai dan kesan negatif yang besar jika mereka tidak menyertai.
Walaubagaimanapun kita akan menjadi pelopor – bersama-sama dengan Singapura dan Brunei.
Singapura dan Brunei telah menandatangani 10 tahun yang lalu.



Thailand “berkemungkinan besar” untuk memohon keahlian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tetapi perlu menimbangkan kesan perjanjian perdagangan bebas ke atas ekonomi eksport, kata Timbalan Perdana Menteri hari ini.
Keahlian boleh menjadi rahmat bagi Thailand sebagai persaingan semakin hebat daripada eksport dan saingan ekonomi perkilangan seperti Malaysia dan Vietnam, terutamanya dalam bidang elektronik, makanan laut dan pertanian.

Read More

Kerajaan nafi tamatkan khidmat kakitangan kontrak - KSN

Kerajaan nafi tamatkan khidmat kakitangan kontrak - KSN
kakitangan-awam-fitnah-berhenti-kerja

Kerajaan tidak berhasrat menamatkan khidmat kakitangan kontrak dalam perkhidmatan pada Disember tahun ini seperti didakwa dalam laporan disiarkan sebuah portal berita.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata dakwaan itu disebarkan oleh mereka yang tidak berwibawa dan tidak bertanggungjawab.

"Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu yang tidak bertanggung jawab dan tidak berautoriti," katanya di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, sebuah portal berita menyiarkan dakwaan kononnya kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung perkhidmatan dan akan ditamatkan sepenuhnya pada Disember 2016.

Berita berkenaan yang memetik sumber seorang kakitangan awam yang mendakwa mendapat maklumat itu daripada satu mesyuarat yang dihadiri.
Read More

PELAJAR UNIVERSITI PECAH USUS KERANA TAHAN LAPAR

PELAJAR UNIVERSITI PECAH USUS KERANA TAHAN LAPAR


LAPORAN SENSASI BERLEBIHAN WARTAWAN JADI PUNCANYA!!!



Satu Malaysia kecoh apabila seorang pelajar UKM mengadu mengikat perut kerana tak makan. Kisah ini bertambah menarik apabila ada pula neitezen "yang berbakat besar" menjadi wartawan fitnah menceritakan pula usus pelajar ini pecah akibat kekejaman dan kezaliman kerajaan. Ada juga menambah boleh terburai usus perutnya jika sehari lagi pelajar tersebut tidak diberi makan oleh kerajaan.

Memang sudah menjadi bakat semulajadi agaknya, sebilangan rakyat Malaysia mampu mengarang "novel fitnah" dengan hanya mendapat informasi seringkas sebaris ayat bagi menempah tiket ke neraka. Wal hal, pelajar ini hanya mengadu sakit perut kerana menghidapi gastrik sejak tingkatan satu lagi.

Mudah-mudahan "Wartawan Fitnah" bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Tahniah kepada Saudara Faizal Daud dan team serta KPT mengambil inisiatif untuk mendapatkan kebenaran serta membantu pelajar ini.



Read More

Fitnah: Ribuan Pekerja Kontrak Kerajaan Akan Mengganggur Disember 2016....TQ Najib

Fitnah: Ribuan Pekerja Kontrak Kerajaan Akan Mengganggur Disember 2016....TQ Najib



Sumber dari FITNAH seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran kerajaan mendedahkan, kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya bermula Disember 2016.


"Kakitangan berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya mulai Disember 2016. Kepada kakitangan kontrak, bolehlah mula merancang untuk mencari kerja-kerja lain sementara masa masih ada," kata sumber.


Menurut individu yang mendedahkan perkara tersebut, dia mendapat maklumat itu dari mesyuarat yang dihadiri olehnya pagi tadi.


Dia yang pada mulanya enggan berkongsikan mengenai perkara itu namun memikirkan bahawa kakitangan awam berstatus kontrak perlu tahu dan membuat persediaan awal, lalu mendedahkan perkara itu di media sosial.


"Saya sebenarnya enggan ambil pusing tetapi memandangkan saya perlu beritahu untuk persediaan awal rakan-rakan yang terlibat agar perkara ini tidaklah mengejutkan mereka.


"Saya pun ada anak bini, saya pun fikirkan nasib kakitangan kontrak yang ada anak bini. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik," katanya.


Sementara itu, sumber yang lain pula mengesahkan bahawa apa yang diberitakan itu adalah benar.


"Semua kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung perkhidmatannya dan akan digantikan dengan jawatan yang kekal. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiada peruntukan yang mencukupi untuk menampung gaji kakitangan kontrak pada tahun ini dan tahun seterusnya," jelas sumber kedua.


Difahamkan beberapa agensi kerajaan juga giat menyerap kakitangan kontrak ke jawatan tetap semenjak tahun lalu bagi mengelakkan gerak kerja setiap agensi tidak terjejas.





Sumber: pemfitnah datangbulanke
Read More

Gempar!! Rafizi Bakal Dilantik Penasihat Ekonomi Arab Saudi?

Gempar!! Rafizi Bakal Dilantik Penasihat Ekonomi Arab Saudi?


Menurut sumber,yang rapat dengan Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, YB Rafizi Ramli, menyebut bahawa beliau bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman.

Katanya, 2 rakyat Malaysia tercalon untuk jawatan ini, seorang lagi ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tapi hanya Rafizi yang terpilih kerana beliau beragama Islam.

Perlantikan ini menurut sumber yang sama, akan berkuatkuasa selama 3 tahun dan tugas utama Rafizi ialah memastikan ekonomi Arab Saudi tidak terjejas di sebali kejatuhan harga minyak yang melanda dunia sekarang.

Arab Saudi seperti yang semua tahu sedang mengalami tekanan ekonomi yang hebat akibat kejatuhan harga minyak dunia sehingga terpaksa mengurangkan subsidi minyak dan memperkenalkan GST. Semoga dengan perlantikan Rafizi, keputusan mengurangkan subsidi dan memperkenalkan GST, akan dibatalkan.

Sebagai rakyat dari negara yang merasai beban akibat perlaksanaan GST, Rafizi tahu akan keperitan yang perlu ditanggung dan tidak mahu rakyat Arab Saudi juga merasai keperitan yang sama.

Berita ini membuktikan bahawa negara luar memang menghargai kepakaran anak tempatan Malaysia yang anehnya, diketepikan negaranya sendiri. Rafizi memang pakar ekonomi tersohor dan mempunyai banyak cara bagaimmana untuk memastikan ekonomi sesebuah negara kekal mampan disebalik kegawatan.

Najib dan pentadbirannya harus berasa malu dengan perlantikan ini.kerana gagal melihat potensi manusia hebat seperti Rafizi.
Read More