Video: Polis Cari Dua Individu Susulan 'Ludah' Durian Di Gombak

Video: Polis Cari Dua Individu Susulan 'Ludah' Durian Di Gombak

Polis sedang mencari pekerja gerai durian yang dikaitkan dengan insiden 'meludah' isi buah itu sebelum dijual kepada pelanggan di Taman Sri Gombak.


Pada masa sama, polis turut mencari pemilik akaun Facebook di mana rakaman insiden itu dimuat naik.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata siasatan awal mendapati pekerja warga Indonesia berusia sekitar 20-an itu hanya meniup serangga yang hinggap pada buah itu.

Susulan insiden kira-kira pukul 3.30 petang Rabu itu, Ali berkata polis menahan pemilik gerai durian warga Indonesia berusia 53 tahun yang memiliki status pemastautin tetap di negara ini, bagi membantu siasatan.


"Gerai itu baru sahaja lima hari beroperasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tugasan syif bagi unit kereta peronda MPV di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, Khamis.

Mengenai akaun Facebook yang dikenali sebagai 'lonely stone cool' itu, Ali berkata polis mendapati akaun yang sebelum ini memaparkan video berdurasi satu minit dan 48 saat itu, telah dipadamkan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang Mohamad Zin Masoad ketika dihubungi Bernama berkata gerai itu tidak mempunyai lesen dan beliau dimaklumkan ia telah ditutup setelah ditegur penduduk setempat.

Sementara itu, IPD Gombak pada Khamis menerima empat MPV baharu bagi menjalankan rondaan cegah jenayah di 17 sektor sekitar daerah berkenaan melalui lima syif sehari berbanding empat sebelum ini.
Read More

#PRNSarawak11: Helikopter Bawa VIP Hilang Dari Radar

#PRNSarawak11: Helikopter Bawa VIP Hilang Dari Radar

KUCHING: Sebuah helikopter yang dipercayai membawa kenamaan disahkan hilang daripada radar di Sarawak.

Dua Ahli Parlimen termasuk seorang timbalan menteri persekutuan dipercayai berada di dalam helikopter tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

"Kes ini kami klasifikasikan sebagai hilang perhubungan. Sepatutnya helikopter berkenaan perlu menghubungi DCA sekitar pukul 5 petang apabila melalui lokasi tertentu bagi melaporkan kedudukan.

"Tapi DCA tidak menerima apa-apa panggilan. Cubaan kita menghubungi mereka juga negatif," katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu Azharudin berkata pihaknya telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.26 petang Khamis.

Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira pukul 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Read More

Banglo Lim Guan Eng: Peguam Negara Nafi Tutup Kes Akuan Berkanun Palsu Phabg Li Koon

Banglo Lim Guan Eng: Peguam Negara Nafi Tutup Kes Akuan Berkanun Palsu Phabg Li Koon

KENYATAAN MEDIA

BERHUBUNG DENGAN LAPORAN POLIS TERHADAP AKUAN BERKANUN OLEH PHANG LI KOON

Merujuk kepada laporan akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016 yang melaporkan bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa telah membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah bungalow oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara.

TAN SRI DATO' SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI
Peguam Negara Malaysia

04 Mei 2016
4.45 PM

Read More