Tsunami Selat Sunda ratusan dikhuatiri maut.

Tsunami Selat Sunda ratusan dikhuatiri maut.
Tsunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu (22/12/2018) sekitar pukul 21.27 WIB Malam telah memakan korban puluhan jiwa dan merosakkan bangunan di berbagai bahagian.

Pusat Data dan Informasi BNPB, Sutopo Purwo Nugroho, diulas dari melalui keterangan rasmi, Minggu (23/12/2018), mengatakan daerah yang terkesan paling parah adalah Kabupaten Pandeglang yang terdiri dari kawasan wisata Pantai Carita, Tanjung Lesung, Sumur, Teluk Lada, dan Panimbang, yang semuanya dibahagian Pulau Jawa, Indonesia.


Berdasarkan data terbaru Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) pada pukul 10:00 WIB, jumlah mangsa meninggal dunia akibat Tsunami kini menjadi 62 korban, luka-luka 584 orang manakala 20 orang dilaporkan masih hilang.

Tsunami juga dilaporkan hingga ke wilayah Lampung Selatan. Manakala di Pesisir Kalianda dan Pesisir Rajabasa, Lampung Selatan, yang juga dilanda tsunami, kerosakan yang terjadi di wilayah tersebut tidak terlalu kritikal namun turut menjejaskan bahagian Bakrieland. 


Unit penyelamat di Bakrieland yang mengawal selia di kawasan pantai Kalianda Lampung, mengatakan tidak ada korban jiwa di wilayah itu.

"Tidak ada korban jiwa, baik dari tamu maupun karyawan Hotel dan telah ditangani sesuai dengan prosedur keadaan darurat yang berlaku." Kata Chief Corporate Affairs Officer PT Bakrieland Development Tbk, Minggu.

"Saat ini Pengelola Kawasan Pantai Kalianda sedang melakukan inventarisasi kerusakan pada Hotel Grand Elty Krakatoa dan seluruh kawasan Krakatoa Nirwana Resort (KNR) termasuk Recreation Park akibat dari bencana alam tersebut." Tambahnya.

Read More

Kisah Najib Jual Tapak TUDM Sungai Besi #1MDB

Kisah Najib Jual Tapak TUDM Sungai Besi #1MDB
NAJIB JUAL TAPAK TUDM SUNGAI BESI, APA ATM DAPAT?!

Najib suka bantu rakyat yang tak bersyukur
Dari Facebook Najib Razak Dis 2018 :

Saya tahu ada yang masih menuduh saya "menjual" tapak TUDM Sungai Besi tanpa mengetahui kisah sebenar langkah ini.

Berkali-kali penjelasan sudah dibuat tetapi mereka tetap dengan tuduhan yang sama. Adakah mereka tidak membaca? 

Sebenarnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpendirian bahawa Pangkalan Udara (PU) Sungai Besi yang keluasan tanahnya 486 ekar tidak lagi sesuai dari aspek operasi dan keselamatan.


Berbanding 60 tahun dahulu, lokasi di tengah bandaraya dan dikelilingi kepesatan pembangunan dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk bermakna Pangkalan Udara di Sungai Besi ini amat terdedah dengan ancaman luar dan usaha risikan.

Sebab itu juga, mengapa kebanyakan lapangan terbang antarabangsa di dunia dipindahkan dari tengah bandaraya kepada kawasan pinggir bandar.

Selain itu, kebanyakan bangunan dan fasiliti di PU Sungai Besi ini sudah berusia 60 tahun ke atas serta dalam keadaan usang.

Oleh itu, satu perjanjian telah dibuat dengan 1MDB.

Apa yang ATM perolehi dengan penyerahan tanah 486 ekar Sg Besi?

1) ATM dapat Pangkalan Udara di Sendayan di atas tanah 750 ekar yang jauh lebih besar.

Dengan keluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti dibina sedia ada di PU Kuala Lumpur, PU Sendayan telah dilengkapi dengan fasiliti moden, sejajar dengan pelan modenisasi nasional TUDM. 

Ada yang bertanya mengapa Pangkalan Udara (PU) Sendayan yang satu kali lebih besar dari PU Sungai Besi tidak ada landasan penerbangan.

Ini di atas keperluan perancangan pihak TUDM sendiri kerana mereka percaya pangkalan-pangkalan lain di negara termasuk pembinaan dan kenaikkan taraf di PU yang lain oleh 1MDB seperti di Subang sudah memenuhi keperluan TUDM pada masa ini.

Kalau TUDM memerlukan landasan di PU Sendayan, kerajaan pada masa itu tentu akan membina juga.

PU Sendayan sudah bermula operasi pada 16 Mac tahun ini: https://bit.ly/2B3oSzz

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan dibiayai oleh 1MDB.

Apa lagi yang ATM dan pihak polis dapat?

2) PDRM dapat Pangkalan Udara (PGU) PDRM Subang yang luasnya 40 ekar dengan 17 buah bangunan dan fasiliti baru yang lebih besar berbanding fasiliti lama. PGU ini juga membolehkan operasi PGU berjalan 24 jam tanpa henti yang tidak dapat dijalankan sebelum ini.

PGU Subang ini telah bermula operasi pada 28 Februari 2018. https://bit.ly/2RMNy6j

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan juga dibiayai oleh 1MDB.


Apa lagi yang ATM perolehi?

3) ATM juga dapat menaiktaraf dan membina 6 lagi aset dan pangkalan mereka.

Ini termasuk PU Gong Kedak (Terengganu), PU Butterworth dan PU PDRM di Ipoh yang telah siap tahun lepas.

Manakala pembinaan dan kerja naik taraf masih dijalankan di PU Kuantan, PU Subang dan Rejimen Artileri Diraja (31 RAD) di Kajang.

Kos ini juga ditanggung oleh 1MDB.


Ada apa lagi yang ATM dapat?

4) Kesemua projek-projek yang bernilai RM2.7 bilion ini dianugerahkan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) - bukan kepada kroni.

Dengan ini, keselamatan aset-aset ini boleh dipastikan dan LTAT boleh menjana untung untuk wang pesara ATM.

Saya amat hairan mengapa saya sering dituduh menjual PU Sg Besi. Mengapa tidak pula mereka katakan saya kejam atau zalim kerana membina PU Sendayan yang jauh lebih besar dan canggih, PGU Subang untuk RMP yang lebih besar dan moden serta menaikkan taraf 6 lagi pangkalan ATM?

Walaupun 1MDB mengambil alih tanah ini dari pihak TUDM sama seperti tanah TRX, harga jualan RM400 juta juga tidak memberi gambaran yang penuh.

Antara syaratnya ialah 1MDB tidak boleh memulakan sebarang pembinaan di atas tanah tersebut dan terpaksa menanggung kos pinjaman untuk beberapa tahun sehingga kesemua 8 pangkalan ATM telah siap dibina dan memulakan operasi.

Setelah kesemua pembinaan dan pemindahan selesai, 1MDB boleh mula memaju dan membangunkan projek Bandar Malaysia yang mempunyak nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM200 bilion - jauh lebih tinggi dari hutang 1MDB kini.

Ini yang propaganda PH telah sembunyikan mengenai 1MDB sehingga kini seperti TRX bernilai RM40 bilion yang saya telah jelaskan di sini: https://bit.ly/2G7qoGq 

Begitu juga dengan peranan 1MDB dalam penyelesaian perjanjian legasi Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) berat sebelah yang akan dan telah membolehkan Petronas dan Tenaga untung sebanyak RM400 bilion dalam tempoh 20 tahun ini seperti saya jelaskan di sini: https://bit.ly/2Pq97aY

Oleh kerana ramai tidak suka baca dan sering panggil saya lukis, maka saya juga lukis kesimpulan untuk isu PU Sungai Besi ini.

DS Mohd Najib Tun Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia


Daeng : Najib sepatutnya tidak mendedahkan hal ini kerana jumlah pengundi daripada badan beruniform kini berpihak kepada kerajaan Pakatan Harapan. Yang mana kerajaan ada kisahkan kebajikan dan keperluan mereka. Mereka hidup selesa seperti mana Mahathir sendiri mengatakan mereka (penjawat awam) "GEMUK" (merujuk kepada pemalas, tidak efeysen dan manja) semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional yang sering memberikan penghargaan kepada usaha mereka. 

Hari ini mereka sendiri dihukum oleh Mahathir dengan mengurangkan kan perbelanjaan, dipotong bonus tahunan, disekat kenaikan gaji, tidak ada pengambilan baru dan berkira kira untuk menamatkan lebih ramai penjawat awam pada masa akan datang kerana ia adalah agenda utama DAP yang konsisten untuk mengecilkan saiz penjawat awam yang rata ratanya diduduki oleh orang Melayu.

Sehingga hari ini 17,000 telah dibuang kerja oleh Kerajaan Pakatan Harapan dari pelbagai gred terutama bagi yang berjawatan Kontrak.
Read More

DAP Mahu Speaker Dewan Rakyat?!

DAP Mahu Speaker Dewan Rakyat?!

Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh dikatakan bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, pemilihan Hannah Yeoh itu ekoran dari pengalaman beliau ketika mengendalikan Dewan Undangan Negeri Selangor serta dilihat sebagai seorang reformis yang berani membawa agenda perubahan yang boleh mengangkat kembali martabat dan peranan Parlimen Malaysia.

“DAP mencadangkan Hannah Yeoh dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat sebab beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai Speaker (Dun Selangor) yang menyokong agenda reformis.

“Selain daripada itu, Hannah juga merupakan seorang yang berani serta mempunyai idea dalam membawa pelbagai agenda-agenda besar untuk meletakkan institusi parlimen kembali dihormati,” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu.


Sumber itu turut menjelaskan DAP mengharapkan agar pemilihan Hannah dapat memulihkan imej negara yang sebelum ini tercalar teruk dengan pelbagai skandal.

“Pemilihan Hannah juga bakal mengukir satu lagi sejarah baru negara sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki.

“Sebelum ini Parlimen kita sering menjadi bahan jenaka masyarakat dunia kerana gagal berfungsi seperti yang diharapkan serta sering menjadi perisai bagi menyelamatkan pemimpin negara yang korup, maka pemilihan Hannah ini dilihat sebagai satu keputusan yang tepat bagi memulihkan imej negara yang telah tercemar,” tegasnya lagi.

Sementara itu Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran ketika ditemubual sebuah portal baru-baru ini turut memberikan gambaran yang sama berhubunng perlantikan Hannah itu.

Kulasegaran yang juga merupakan ahli parlimen DAP Ipoh Barat berkata beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan mengenai perlantikan tersebut.

Sekiranya terpilih, Hannah bakal mencipta sejarah sebagai orang bukan Islam yang pertama dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sidang pertama Dewan Rakyat dijadual berlangsung pada 25 Jun ini. – SuaraTV

DS : Padah kepada pencatur politik di negara ini, akhirnya satu persatu diragut didepan batang hidung?
Read More

Lorong Tol Mula Ditutup 12 hingga 24 Jun 2018 #MalaysiaMemilih #TolPercuma #PakatanHarapan

Lorong Tol Mula Ditutup 12 hingga 24 Jun 2018 #MalaysiaMemilih #TolPercuma #PakatanHarapan


Lorong Tol mula ditutup mulai 12 hingga 24 Jun 2018?
Berita gembira ini ditagih oleh semua rakyat Malaysia yang dahagakan manifestor Pakatan Harapan yang menjanjikan Tol Percuma pada kempen Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.

Dalam jelajah kempen PRU14, rata rata pemimpin (kerajaan hari ini) menjanjikan pelbagai tawaran yang boleh disama ertikan seperti kata kata dari sebuah filem bertajuk 'The God Father(1972)' yang berbunyi "I'll Make Him an OfferHe Can't Refuse" oleh watak Don Vito Carleone.

Selepas Kerajaan Pakatan Harapan memerintah belakulah kejadian yang tidak dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia antaranya Kerajaan bersetuju dengan pendapat Parti Paling Dominan didalam Kerajaan Pakatan iaitu DAP untuk membuat penjawat awam. Dari jumlah yang dianggarkan akan dipecat 50,000 akan tetapi dimulakan dengan 17,000 penjawat awam yang berstatus kontrak dengan alasan 'mereka diterima berkerja kerana lantikkan politik'

Alasan yang sengaja dihebahkan adalah untuk para penyokong Pakatan bersetuju dengan arahan dan pelaksanaan tersebut (kerana dendamkan penjawat awam yang majoriti Melayu dan terbela dibawah pemerintahan Kerajaan sebelum ini) akhirnya pihak kerajaan gagal menyingkirkan pekerja pekerja ini contohnya SPAD (Diantara mereka ada pegawai lantikan kontrak/tetap) kononnya mahu dipindahkan ke Jabatan Pengangkutan Awam akhirnya dikekalkan dan ditukarkan nama kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat - APAD kerana mereka secara jelas tugas SPAD adalah berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan yang mana tenaga pakar yang dilantik berkerja bukan semata mata jalan raya tetapi mereka adalah yang arif tentang LRT dan MRT dan mereka juga bukan dilantikan dari mana mana parti politik.

Ini kerana sebelum ini admin sendiri telah menyuarakan didalam blog ini tentang SPAD sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam hal hal yang berkaitan dengan pengurusan Pengangkutan Awam Darat. Kerajaan terlalu emosi dalam menjawap persoalan dan gopoh dalam mengeluarkan kenyataan yang akhirnya tidak memberi faedah kepada negara. Lihatlah kisahnya salah melaporkan hal tentang Hutang Negara untuk membuat alasan (tidak mampu menunaikan manifestor Pakatan) kerana kantung kerajaan sedang tenat sedangkan semua tahu rizab kerajaan yang ditinggalkan oleh DS Najib Razak bernilai lebih RM400 billion.

Hari ini harga Petrol dinaikkan ianya telah bercanggah dengan manifestor Pakatan Harapan yang mahu menurunkan harga petrol sehingga bawah RM1.50 alangkah malangnya pak lebai menang sorak kampung tergadai.

Yang berjaya ditutup mulai 12 - 24 Jun ini hanyalah "Lorong Tambah Nilai sahaja" sedangkan tol masih lagi dikenakan oleh Kerajaan sedangkan yang dijanjikan adalah percuma.

Harga barang usah risau, tetap tidak berubah malah makin mahal. Kerana tidak ada satu pun negara didalam dunia ini mampu menurunkan harga barang seperti zaman dahulu kala kerana mengikut takrif ekonomi harga barang dipengaruhi dengan faktor nilai mata wang, cukai, cuaca, pemintaan, pengeluaran, polulasi penduduk dan beberapa sebab lagi (tidak lupa jerung jerung (orang tengah) yang akan kembali berkuasa (main harga) selepas GST dimansuhkan dan dikembalikan dengan cukai lama SST).

Padah rakyat Malaysia mengundi kerajaan hari ini dengan berpandukan fitnah dan maklumat yang salah dan dimanipulasikan. 

Nak kata 'padan muka' Admin pun turut kena bayar tol. Sama samalah kita padan muka.
Read More

PM Manipulasikan Hutang Negara?! #ManipulasiHutangNegara

PM Manipulasikan Hutang Negara?! #ManipulasiHutangNegara

Dari Facebook Abu Bakar Aby (Orang kuat Tun M)

"Alhamdulillah..Tun M tetap menerima apa juga dugaan secara tenang dan tidak hilang fokas sama sekali utk menumbangkan kerajaan dibawah pimpinan kleptokrasi serta beliau sanggup mengetuai gerakkan menyelamatkan masa depan rakyat dan negara sahingga berjaya. Saya berdoa agar Tun M tidak tersilap membuat pilihan lagi. Gambar ini saya ambil sambil berbual."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=271939480017339&id=100016038673363

Cuba kita zoom lihat dokumen apa yang berada diatas meja PM?!


"Manipulasi Hutang Negara"

Skrip apa ini?

#MalaysiaMemilih #ManipulasiHutangNegara
Read More

Ramai Cina Sokong Pakatan Harapan #PakatanHarapan #Harapan

Ramai Cina Sokong Pakatan Harapan #PakatanHarapan #Harapan

Pada piliharaya PRU14 yang lalu UMNO yang menggunakan tiket Barisan Nasional telah berjaya menarik UNDI MELAYU dalam 46% manakala PAS yang tidak bersama parti lain telah mendapat 28% diikuti oleh Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP telah mengutip 25%. 

Jumlah peratusan yang dikeluarkan ini jelas undi anak muda Melayu masih lagi berpihak kepada UMNO/PAS. Umumnya, jangan membuat tanggapan salah kononnya pengundi muda kali ini telah diberikan kepada Pakatan Harapan kerana kita sedia maklum Parti Melayu pada masa ini berpecah kepada 5 pada pertembungan yang merugikan umat Melayu. Yang wajar diberi perhatian adalah, kemana perginya undi anak muda berbangsa cina pada PRU14 yang lalu? 

DAP mendominasi Pakatan Harapan dengan menjadikan PM Mahathir kuda tunggangnya seperti yang di beritahu si celupar Hew Kuan Yau yang kini sedang mengatur agendanya secara , Tidak hairanlah beliau hanya menuruh sahaja desakan DAP ada PKR dari kalangan wakil Cina. 

Tapi ramai cuba memnyembunyikan fakta yang mana pengundi keturunan Cina pada PRU14 telah memberikan 92% undi kepada Pakatan Harapan. Jadi tidak hairanlah tindakan mereka pada ketika ini lebih kepada tindakan popular dikalangan orang cina seperti hal hal bersentuhan Tanah, Agama dan Raja antaranya isu memadam status agama di kad pengenalan warganegara Malaysia yang dibangkitkan wakil parti kerajaan , memecat penjawat awam berstatus kontrak yang majoritinya berbangsa Melayu menjelang hari raya yang kurang dari satu (1) bulan sekarang dan tuntutan yang melibatkan Perkara 153 Pelembagaan Persekutuan.

Kini jangan hairan ada Melayu mempersoalkan Sultan dan Majlis Raja Raja seperti yang dilakukan oleh badut tua A. Kadirr Jasin yang juga bekas wartawan utusan, tindakan beliau mendapat sokongan padu daripada golongan golongan ini.

Bonus dan imbuhan penjawat awam antara yang menjadi pertikaian Kerajaan hari ini memandangkan Menteri Kewangannya dari seorang yang pandai membotakkan bukit di Pulau Pinang sahaja.

Admin ada melihat sebuah video yang telah viral selepas PRU14 yang mana didalam video tersebut bagaimana YB DAP 'menyamun' dalam kempen PRU14. Tonton dan lihat apa yang dicanang dihadap orang cina didalam bahasa cina.



Siapa tak mahu tanah hak milik kekal? Implikasi terhadap tindakkan tersebut adakah beliau difikirkan?!

Barisan Nasional pada PRU13 telah melaksanakan amanah yang diberikan tanpa mengikut status bangsa dalam pemerintahannya. Walaubagaimanapun undi cina kepada Pakatan Harapan telah berjaya menjatuhkan parti yang banyak berjasa dari sejak negara ini merdeka.

FAKTOR TUN MAHATHIR MEMENANGKAN PAKATAN HARAPAN JUGA ADALAH SALAH KERANA RATA RATA CINA DAP HANYA MENUNGGANG BELIAU SAHAJA.



Read More

TIDAK Turunkan Harga Barang?! #NoGST #GST

TIDAK Turunkan Harga Barang?! #NoGST #GST
Peniaga di seluruh negara dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada penetapan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) standard enam peratus kepada kadar sifar mulai 1 Jun ini dalam bentuk harga yang lebih rendah kepada pengguna.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata peniaga juga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan menurunkan harga barangan dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna.

Beliau berkata kerajaan tidak akan melaksanakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) pada 1 Jun ini dan akan mengumumkan tarikh pelaksanaannya kemudian.

"Oleh itu, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada kadar enam peratus akan disifarkan mulai 1 Jun ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini mengumumkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport akan dikenakan GST pada kadar sifar, berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

Subromaniam berkata semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar tersebut.

Katanya kerajaan akan mengambil langkah-langkah tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Peniaga boleh merujuk soalan lazim berkaitan tempoh peralihan enam peratus kepada kadar sifar yang telah dimuat naik dalam laman web www.customs.gov.my dan portal gst.customs.gov.my. -- BERNAMA



DS : Syarikat yang mengaut pendapatan RM500,000 sahaja yang berkaitan dengan cukai GST ini di Malaysia. Walaubagaimanapun peniaga pastinya tidak akan menurunkan harga barang ini kerana barangan tersebut bermusim memandangkan kini menjelang lebaran Hari Raya Puasa kurang dari 3 minggu dari sekarang.

Tindakan populis ini hanyalah retorik pihak Kerajaan untuk meraih sokongan penyokong Pakatan Harapan yang secara tidak langsung sebagai tiket untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang sebelum ini termakan dengan janji manis kononnya mereka menyalahkan GST sebagai punca harga barang naik sedangkan beberapa faktor yang memberikan kesan kepada harga barang antaranya kualiti barang tersebut, pilihan, pendapatan, cuaca, jumlah penduduk Malaysia dan beberapa lagi.

Selepas 1 Jun ini GST akan ditetapkan kepada 0% (Yang sebelum ini 6%) tetapi pihak pembekal pastinya tidak akan menurukan harga barang memandangkan beberapa faktor laik yang tidak menyebelahi mereka antaranya kos pengangkutan, sewa premis dan sebagainya. Barangan yang telah diserap dengan GST pastinya akan nampak sedikit perbezaan akan tetapi tidak kepada barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini mengenakan caj. 

Dalam erti kata lain harga tetap kekal. Malah GST Masih kekal tidak boleh dimansuhkan kerana ia akan mengundang gelombang yang jauh lebih teruk pada masa akan datang.

Read More