TIDAK Turunkan Harga Barang?! #NoGST #GST

Peniaga di seluruh negara dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada penetapan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) standard enam peratus kepada kadar sifar mulai 1 Jun ini dalam bentuk harga yang lebih rendah kepada pengguna.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata peniaga juga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan menurunkan harga barangan dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna.

Beliau berkata kerajaan tidak akan melaksanakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) pada 1 Jun ini dan akan mengumumkan tarikh pelaksanaannya kemudian.

"Oleh itu, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada kadar enam peratus akan disifarkan mulai 1 Jun ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini mengumumkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport akan dikenakan GST pada kadar sifar, berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

Subromaniam berkata semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar tersebut.

Katanya kerajaan akan mengambil langkah-langkah tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Peniaga boleh merujuk soalan lazim berkaitan tempoh peralihan enam peratus kepada kadar sifar yang telah dimuat naik dalam laman web www.customs.gov.my dan portal gst.customs.gov.my. -- BERNAMA



DS : Syarikat yang mengaut pendapatan RM500,000 sahaja yang berkaitan dengan cukai GST ini di Malaysia. Walaubagaimanapun peniaga pastinya tidak akan menurunkan harga barang ini kerana barangan tersebut bermusim memandangkan kini menjelang lebaran Hari Raya Puasa kurang dari 3 minggu dari sekarang.

Tindakan populis ini hanyalah retorik pihak Kerajaan untuk meraih sokongan penyokong Pakatan Harapan yang secara tidak langsung sebagai tiket untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang sebelum ini termakan dengan janji manis kononnya mereka menyalahkan GST sebagai punca harga barang naik sedangkan beberapa faktor yang memberikan kesan kepada harga barang antaranya kualiti barang tersebut, pilihan, pendapatan, cuaca, jumlah penduduk Malaysia dan beberapa lagi.

Selepas 1 Jun ini GST akan ditetapkan kepada 0% (Yang sebelum ini 6%) tetapi pihak pembekal pastinya tidak akan menurukan harga barang memandangkan beberapa faktor laik yang tidak menyebelahi mereka antaranya kos pengangkutan, sewa premis dan sebagainya. Barangan yang telah diserap dengan GST pastinya akan nampak sedikit perbezaan akan tetapi tidak kepada barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini mengenakan caj. 

Dalam erti kata lain harga tetap kekal. Malah GST Masih kekal tidak boleh dimansuhkan kerana ia akan mengundang gelombang yang jauh lebih teruk pada masa akan datang.


Facebook Comment