DAP Mahu Speaker Dewan Rakyat?!


Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh dikatakan bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, pemilihan Hannah Yeoh itu ekoran dari pengalaman beliau ketika mengendalikan Dewan Undangan Negeri Selangor serta dilihat sebagai seorang reformis yang berani membawa agenda perubahan yang boleh mengangkat kembali martabat dan peranan Parlimen Malaysia.

“DAP mencadangkan Hannah Yeoh dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat sebab beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai Speaker (Dun Selangor) yang menyokong agenda reformis.

“Selain daripada itu, Hannah juga merupakan seorang yang berani serta mempunyai idea dalam membawa pelbagai agenda-agenda besar untuk meletakkan institusi parlimen kembali dihormati,” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu.


Sumber itu turut menjelaskan DAP mengharapkan agar pemilihan Hannah dapat memulihkan imej negara yang sebelum ini tercalar teruk dengan pelbagai skandal.

“Pemilihan Hannah juga bakal mengukir satu lagi sejarah baru negara sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki.

“Sebelum ini Parlimen kita sering menjadi bahan jenaka masyarakat dunia kerana gagal berfungsi seperti yang diharapkan serta sering menjadi perisai bagi menyelamatkan pemimpin negara yang korup, maka pemilihan Hannah ini dilihat sebagai satu keputusan yang tepat bagi memulihkan imej negara yang telah tercemar,” tegasnya lagi.

Sementara itu Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran ketika ditemubual sebuah portal baru-baru ini turut memberikan gambaran yang sama berhubunng perlantikan Hannah itu.

Kulasegaran yang juga merupakan ahli parlimen DAP Ipoh Barat berkata beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan mengenai perlantikan tersebut.

Sekiranya terpilih, Hannah bakal mencipta sejarah sebagai orang bukan Islam yang pertama dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sidang pertama Dewan Rakyat dijadual berlangsung pada 25 Jun ini. – SuaraTV

DS : Padah kepada pencatur politik di negara ini, akhirnya satu persatu diragut didepan batang hidung?

Facebook Comment